WHY ALPHA LIPID™ LIFELINE™ COLOSTRUM?

FAKTA MENARIK ! : Kolostrum Alpha Lipid™ Lifeline™ adalah berbeza dengan kolostrum-kolostrum yang lain kerana ia adalah yang terbaik di dunia (Gred 10), mempunyai kadar IgG 41% (Immunoglobulin) berbanding kolostrum yang lain, kandungan probiotik, kandungan Complex Lipid, dan mempunyai semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Salam hormat, setiap diantara kita sedar segalanya tidak akan memberi makna sekiranya kesihatan kita tidak terpelihara. Kita tentu pernah melihat mereka yang terlantar dikatil-katil hospital menunggu dan menanti untuk sihat kembali. Ketika terlantar harta yang menimbun tidak bermakna lagi, biar kereta mewah dihalaman, biar isteri cantik seksi atau biar apapun jua...


SEGALANYA TIDAK BERMAKNA HAN KESIHATAN PALING UTAMA!!


Ketahuikah anda setiap saat tubuh kita semakin lemah melawan penyakit? Tubuh kita, sering diserang pelbagai bakteria, virus, patogen yang terdapat di udara, makanan, minuman dan tempat kita tinggal. Dan malangnya seringkali kita ‘kalah’ dalam melawan penyakit yang menyerang.

Semakin berusia, tubuh kita kehilangan kekuatan Antibodi yang disebabkan oleh Pencemaran, Penghawa dingin, Tekanan emosi, Pemakanan yang tidak sihat, Merokok, Virus dan sebagainya.


Hanya RM 20.00 JERR...

Jumaat, 6 Mei 2011

Darah Tinggi


Darah Tinggi
 
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Punca

Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Testimoni